Thursday, 17 March 2016

DIY

Apa itu DIY?

DIY bermaksud Do It Yourself. Tahukah anda dengan menggunakan teknik DIY anda dapat menjimatkan kos/perbelanjaan anda. Mestilah jimatkan sebab kita dah boleh 'cut' kos untuk tempah barang yang kita nak tu.

Tak pandai DIY? susah? takde masa? takde peralatan?

Jangan risau DIY ni bukanlah bermaksud anda perlu buat "from scratch" atau bahasa mudahnya buat sendiri dari A-Z. Sebenarnya konsep DIY ni lebih kepada mengoptimumkan kreativiti anda untuk diterjemahkan menjadi sesuatu benda yang anda mahukan. Sebagai contoh yang mudah mesti anda pernah tengok orang DIY pelamin sendiri kan? (lihat gambar di bawah)



Nampak tak simple je tapi cantik kan. Perasan tak backdrop dia tu cuma pakai kain lace dan paper flower je lepastu letak sedikit pencahayaan dari bawah dan hasilnya boom. Untuk stage pelamin ni boleh je pakai kayu atau palet lepastu lapik dengan plywood dan balutkan dengan kain.

Kerusi untuk bersanding tu pulak percaya atau tak ada orang gunakan meja kopi je lapik span sikit pastu balut dan selesai. Tapi kalo anda rajin sikit boleh la cari kayu-kayu terpakai tu paku2 sikit jadila kerusi kan asal tak roboh cukupla hehe.

Bagi anda yang mungkin tak berapa pandai nak menganyam paper flower tu atau tak pandai bertukang ke boleh je mintak tolong sapa2 atau upah orang buat part2 yang anda tak pandai buat tu walaupun tak dapat jimat banyak, jimat sikit pun jadi la kan daripada tak jimat langsung.

Nampak tak mudah je kan nak DIY ni cuma anda perlu keluarkan sedikit kreativiti anda tu sekaligus dapat juga anda mengasah bakat terpendam dalam diri anda kan. Selain tu juga masa lapang anda pun terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Jadi selamat berDIY buat anda semua dan jangan mudah putus asa kalau projek DIY anda tak menjadi "practice make perfect" kan. Enjoy!!



No comments :

Post a Comment